fbpx

PATI mengaku salah beri rasuah RM600 kepada polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasri (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis Julai lalu.

KOTA BHARU – Seorang buruh ladang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia didenda RM10,000 dan penjara selama lapan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada anggota polis sebanyak RM600 di Gua Musang Julai lalu.

Tertuduh, Kasri, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zaman Mohd. Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menawarkan rasuah berupa wang tunai sebanyak RM600 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal untuk melepaskannya daripada tahanan polis.

Kasri bertindak sedemikian selepas dia melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini.

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di dalam kenderaan polis semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang kira-kira pukul 11 pagi pada 15 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Noor Hamizah memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap Kasri agar dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai sekiranya terlibat dalam jenayah rasuah.

Bagaimanapun, tertuduh merayu agar hukumannya diringankan dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu pulang ke Indonesia.

Zaman kemudian menetapkan denda sebanyak RM10,000, penjara selama empat bulan selain tambahan penjara dalam tempoh sama sekiranya tertuduh gagal membayar denda yang ditetapkan.

Bagaimanapun, Kasri tidak membayar denda yang ditetapkan mahkamah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI