fbpx

‘Nak dapat 10 orang sehari pun payah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja kedai emas memakaikan barang kemas kepada salah seorang pelanggan untuk dicuba di Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Beberapa peniaga barang kemas di Kedah mengeluh apabila pelanggan mereka mula berkurangan berbanding bulan lalu, namun me­ngakui perniagaan mereka masih berada pada tahap selesa.

Tinjauan di beberapa buah kedai emas di Gurun dan Sungai Petani mendapati masih ramai pelanggan yang berkunjung ke situ.

Seorang pemilik kedai emas dikenali sebagai Tukang Lee, 34, berkata, walaupun jumlah pelanggan menurun 30 peratus sejak awal bulan ini berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, namun perniagaan mereka masih stabil.

“Penurunan itu dipercayai selepas moratorium ditamatkan Oktober lalu.

“Ketika PKP, kita terima seramai 10 hingga 20 pelanggan sehari tetapi kini hendak dapat 10 orang sehari pun payah,” katanya.

Walaupun begitu, ceritanya, mereka masih bertahan kerana masih ada pelanggan yang da­tang setiap hari.

Sementara itu, seorang pemilik kedai emas, Shaiful Shukri, 40, berkata, setakat ini perniagaannya tidak terjejas.

“Bagaimanapun, kuasa beli pelanggan semakin menurun. Harga emas tidak menjadi isu sebaliknya kuasa beli yang menentukan seseorang itu beli atau tidak,” katanya.

Dalam pada itu, seorang guru, Farah Yusof, 30, berkata, dia akan membeli emas jika mempunyai lebihan simpanan.

“Saya juga turut membeli emas sewaktu PKP baru-baru ini sebagai aset simpanan masa depan,” jelasnya.

Seorang lagi pelanggan, Omar Abdullah, 48, berkata, dia mengambil peluang menyimpan wang lebihan ketika moratorium untuk membeli barang kemas.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI