fbpx

Mun Yee serius kejohanan maya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUN YEE akan ambil bahagian dalam acara 10m platform seirama bersama Pandelela pada kejohanan terjun antarabangsa secara maya bulan depan.

PENERJUN berpengalaman negara, Leong Mun Yee tetap memandang serius penyertaan kejohanan terjun antarabangsa secara maya yang buat julung-julung kalinya dianjurkan oleh Persekutuan Renang Malaysia (MAS) pada 5 dan 6 Disember depan.

Kejohanan yang turut disertai Singapura, Jepun, Australia dan New Zealand itu adalah sebagai langkah proaktif bagi memastikan skuad terjun negara kekal kompetitif dan kembali merasai suasana pertandingan selepas lama tidak bersaing ke­rana pandemik Covid-19.

Bagi Mun Yee, kejohanan itu adalah peluang terbaik buat mereka memperlihatkan hasil dan kemajuan daripada sesi latihan yang telah dilakukan beberapa bulan kebelakangan ini.

“Saya tidak pasti bagaimana jika ada isu teknikal atau sebagainya tetapi kita perlu cuba dahulu (kejohanan secara maya) berdasarkan situasi semasa pandemik Covid-19. Harap-harap segalanya berjalan lancar.

“Sudah tentu saya perlu ambil serius pertandingan ini kerana ia berstatus kejohanan antarabangsa walaupun secara online. Lagipun persiapan dan latihan kami berjalan macam biasa sekarang.

“Saya akan ambil bahagian dalam acara 10 meter (m) platform seirama bersama Pandelela (Rinong). Jadi saya harap dapat berikan yang terbaik nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Kejohanan itu turut mempertandingkan acara 3m dan 10m platform individu dan seirama membabitkan atlet lelaki dan wanita dengan setiap penerjun akan membuat terjunan di setiap venue mereka untuk meraih markah daripada barisan juri.

Sebagai rekod, setiap negara diwakili oleh seorang juri dan penilaian mata terjunan akan diberikan barisan juri yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI