fbpx

Malaysia cadang sembilan judul e-Sukan di Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN video dari Malaysia dan Vietnam bersaing pada pusingan kelayakan dalam acara e-Sukan pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina tahun lalu. – AFP

PENYENARAIAN acara e-Sukan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam adalah satu petanda positif buat kontinjen negara untuk ‘mencuri’ pingat emas yang ditawarkan untuk sukan itu.

Tuan rumah, Vietnam belum memutuskan senarai permainan video untuk penganjuran edisi ke-30 yang bermula 21 November hingga 2 Disember tahun depan.

Ketua Komunikasi Persekutuan e-Sukan Malaysia (MESF), Muhammaf Farouq Abdul Patah mendedahkan, pihaknya telah mencadangkan sembilan jenis permainan video antaranya Pro Evolution Soccer (PES), Tekken 7, Street Fighter 5 dan beberapa lagi.

“Vietnam berkomunikasi de­ngan semua negara tentang cadangan e-Sukan pada Sukan SEA nanti. Kami sudah bagi sembilan cadangan.

“Lazimnya beberapa cada­ngan diambil tetapi kami menjangkakan AoV (Arena of Valor) akan ada pada Sukan SEA 2021 kerana Vietnam memang kuat dalam permainan tersebut.

“Malaysia kuat juga, cuma masalahnya kita tidak boleh mengukur kemampuan mereka disebabkan kekurangan kejohanan untuk permainan AoV,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Malaysia berjaya meraih satu pingat emas melalui Dr. Yew Weng Kean dalam permainan Hearthstone dan satu gangsa menerusi permainan Mobile Legends sewaktu penganjuran pertama acara e-Sukan pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Gandingan skuad Mobile Le­gends negara ketika itu diwakili enam pemain e-Sukan termasuk Mohd. Faris Zakaria yang dikenali sebagai Soloz, Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Jamil Nurolla, Izme Haqeem Hamsjid dan Muhammad Hazeem Onn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI