fbpx

Ketumpulan Arsenal makin ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AUBAMEYANG (kiri) terus hilang sentuhan apabila gagal menyumbang gol ketika mereka terikat tanpa jaringan menentang Leeds awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Arsenal terus berdepan krisis ketumpulan jentera serangan apabila hanya mampu menjaringkan sembilan gol dalam sembilan aksi mereka.

Rekod tersebut menyaksikan ia merupakan jumlah gol pa­ling kurang dijaringkan oleh The Gunners dalam tempoh lebih 30 tahun sejak musim 1986/87.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu sekali lagi mempamerkan aksi mengecewakan apabila sekadar terikat tanpa jaringan menentang Leeds United di Elland Road awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal terpaksa mengambil masa selama setengah jam untuk melakukan percubaan tepat ke arah gawang Leeds berban­ding lawan mereka yang mela­kukan 25 percubaan.

Ketumpulan jentera sera­ngan Arsenal itu ditambah oleh faktor kehilangan Nicolas Pepe yang dilayangkan kad merah pada awal babak kedua perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal gagal meledak gol buat kali keempat dalam lima aksi Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir Pierre-Emerick Aubameyang menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Manchester United.

Namun, Aubameyang ketika ini hanya mampu meledak satu sahaja gol.

Aubameyang mengakui kurang selesa dengan peranan baharu beraksi di bahagian tengah berbanding musim lalu banyak mendapat peluang menjaringkan gol melalui sayap kiri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI