fbpx

Jadi senior, Sunny, BoA hidup tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOA (kiri) dan Sunny.

BARU-BARU ini, dua bintang popular BoA dan Sunny muncul dalam episod terbaharu program On and Off terbitan tvN.

Sunny memulakan perbualan dengan bertanya, apakah BoA masih menjaga fizikal terutama bentuk badannya. Jawapan yang diberi BoA disertai dengan wajah suram.

Kata BoA, 34, dia perlu menjaga badan kerana terpaksa bersaing dengan artis muda berusia 20-an yang jauh lebih cantik dan seksi berbanding dirinya.

Perkara tersebut dipersetujui Sunny, 32, yang mengakui keadaan menjadi semakin sukar kerana mereka perlu mengekalkan kejelitaan dan menjaga imej luaran kerana mempunyai persaingan sengit daripada artis muda.

Meskipun mereka tidak terlalu berusia, tetapi kini dikenali sebagai sunbae atau senior dalam industri.

BoA turut menanyakan Sunny, mengapa tidak lagi menyanyi dan bekas penyanyi kumpulan Girls’ Generation itu ada jawapan tersendiri.

“Keyakinan diri saya hilang. Rasanya, apa yang saya mahu lakukan berbeza dengan kemampuan diri. Itu situasi saya sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI