fbpx

Haramkan teknik sepakan Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES mempunyai rekod sepakan penalti yang baik dengan menggunakan teknik melompat sebelum sepakan. – AFP

LONDON – Legenda Arsenal, Ian Wright menggesa pihak berke­naan supaya mengharamkan teknik sepakan penalti seperti yang digunakan pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.

Menurut Wright, teknik melompat sebelum melepaskan sepakan menyebabkan penjaga gol menjadi teragak-agak terutama ketika cuba melayangkan badan mereka.

Wright mengeluarkan kenya­taan itu selepas Fernandes diberikan dua peluang untuk menyempurnakan sepakan penalti ketika United menewaskan West Bromwich Albion 1-0 kelmarin.

Sepakan pertama terpaksa dibatalkan ketika penjaga gol West Brom, Sam Johnstone berjaya menepis bola tersebut tetapi dia dikesan melakukan kesalahan kerana keluar terlalu awal dari garisan gol.

Sejurus kemudian, sepakan kedua yang turut diambil oleh Fernandes akhirnya berjaya di­sempurnakan untuk memberikan kemenangan kepada United.

“Ia sukar untuk seorang penjaga gol melakukan tindakan.

“Ada penyerang yang boleh melompat, melakukan itu dan ini tetapi penjaga gol tidak dibenarkan berbuat apa-apa termasuk menggerakkan kakinya.

“Mereka sepatutnya mengha­ramkan teknik sebegitu. Mereka hanya perlu berlari dan melepaskan sepakan, itu sahaja. Pemain dibenarkan melakukan apa sahaja tetapi tidak untuk penjaga gol, itu tidak adil,” katanya.

Fernandes bukanlah satu-satu­nya pemain yang menggunakan taktik berkenaan untuk mengelirukan penjaga gol tetapi pemain tengah Chelsea, Jorginho juga sama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI