fbpx

Esha Gupta bangga ada aset seksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESHA GUPTA

SELEPAS tampil dalam filem berjudul Rustom beberapa tahun lalu, pelakon Esha Gupta mendapat jolokan sebagai wanita paling seksi di India.

Hal ini kerana, wajah dan tubuh wanita berusia 34 tahun itu dikatakan memiliki pesona tersendiri.

Esha dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Instagramnya berkata, filem Rustom telah mengubah kehidupannya menjadi lebih dikenali dan dihargai.

Aktres yang bergandingan dengan aktor Akshay Kumar dalam filem berkenaan juga pernah mencetuskan kontroversi apabila tampil separuh bogel dalam sebuah majalah antarabangsa.

Namun, Esha yang pernah mewakili India dalam sebuah pertandingan ratu cantik itu enggan mengalah dan memberitahu amat berbangga dengan ‘aset’ yang dimilikinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI