fbpx

Bayi hampir lemas terjatuh dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suriati (dua dari kanan) dan anak bongsunya, Adeeb Arshad yang didukung anggota bomba (kanan) diselamatkan dari rumah mereka di Kampung Petaling, Tepoh, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang ibu cemas selepas anak bongsunya berusia setahun empat bulan hampir lemas setelah terjatuh di ruang tamu yang telah ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter di Kampung Petaling di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1 tengah hari itu, Adeeb Arshad Abdul Halim terkapai-kapai di dalam air bah dalam tempoh kira-kira 30 saat sebelum sempat diselamatkan ibunya, Suriati Yusof, 44.

Suriati berkata, sewaktu kejadian, dia sekeluarga sedang menunggu bantuan bomba setelah terperangkap di dalam rumah mereka yang ditenggelami banjir sejak awal pagi.

“Adeeb Arshad didudukkan pada kerusi meja makan sementara saya dan lapan anak lain termasuk seorang daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) sedang sibuk menyelamatkan dokumen penting.

“Saya hanya perasan dia hampir lemas apabila terdengar tangisan sambil tubuhnya tenggelam timbul di dalam air banjir sebelum saya segera menyelamatkannya,” katanya ketika ditemui Kosmo! di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong di sini hari ini.

Terdahulu Suriati dan 10 ahli keluarganya diselamatkan anggota bomba keluar dari rumahnya dengan menggunakan sampan.

Dia yang merupakan ibu kepada sembilan anak berkata, banjir tersebut yang bermula pada pukul 2 pagi itu telah menenggelamkan lapan rumah termasuk kediamannya di Kampung Petaling. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI