fbpx

Anggota PGA stabil selepas jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota PGA yang terselamat dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar kini dirawat di HTF.

KANGAR – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang cedera akibat ditembak dalam kejadian berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dekat sini awal pagi ini selamat menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, anggota terbabit, Koperal Norihan Tari, 39, kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HTF untuk pemantauan rapi.

“Koperal Norihan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dirawat di ICU untuk pemantauan rapi pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, seorang anggota PGA maut ditembak manakala seorang lagi parah dalam kejadian berbalas tembakan dengan 13 penyeludup ketum dan ubat batuk berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

Anggota daripada Batalion 3 PGA Bidor, Koperal Baharuddin Ramli, 54, meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakan setugasnya, Koperal Norihan cedera parah.

Kejadian berlaku ketika mereka sedang menjalankan tugas risikan di kawasan pintu A3, pos TS9 sebelum terserempak dengan kumpulan penyeludup tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI