fbpx

Anggota PGA maut ditembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PADANG BESAR – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut dipercayai akibat ditembak manakala seorang lagi parah ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand dekat sini kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Anggota yang maut ialah Koperal Baharuddin Ramli, 54, manakala Koperal Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua anggota itu sedang bertugas dengan membuat kawalan di Pos TS9.

Sumber PGA ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador akan melawat mangsa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI