JITRA – Seramai 62 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau dekat sini selepas rumah mereka dilanda banjir pada malam semalam.
Rumah penduduk di Kampung Lahar, Kampung Paya Tok Kiong, Kampung Paya Tok Teh dan Kampung Biak dalam mukim Malau di sini mula dinaiki air kira-kira pukul 7.30 malam semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kubang Pasu, Leftenan (PA) Norazian Shamsudin berkata, hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan beberapa kawasan rendah dalam mukim Malau mengalami banjir.
“Air mula naik sekitar kira-kira pukul 7.30 malam sehingga menyebabkan 15 buah keluarga terpaksa berpindah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, mangsa mula dipindahkan ke SK Malau pada pukul 8 malam semalam. – K! ONLINE