fbpx

216 mangsa banjir di Melaka dibenarkan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu menyelamatkan barangan mangsa banjir.

MELAKA – Seramai 216 mangsa banjir di tiga daerah negeri ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, menjadikan jumlah yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seramai 304 orang setakat pukul 8 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Katil, Jasin yang sebelum ini menempatkan seramai 117 mangsa daripada 47 buah keluarga telah ditutup pada pukul 2.30 petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, tiga PPS masih dibuka di Jasin iaitu di SK Tehel, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Shuh Yen, SK Parit Gantong, manakala sebuah di SK Durian Tunggal, Alor Gajah dan SK Ayer Molek, Melaka Tengah.

“Seramai 214 mangsa telah dibenarkan pulang berikutan keadaan cuaca semakin pulih dan air mulai surut, namun 304 mangsa daripada 76 keluarga yang lain masih ditempatkan di lima PPS.

“Sekiranya keadaan kembali banjir, kita meminta mereka semua yang telah pulang untuk datang semula ke PPS yang dibuka,” katanya.

Kawasan yang masih terjejas di Jasin ialah Kampung dan Kampung Parit Gantong, manakala di Alor Gajah melibatkan Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing.

Sementara itu, di daerah Melaka Tengah ialah Kampung Pengkalan Minyak, Kampung Busut Licin, Kampung Ayer Molek dan Rumah Awam Ayer Molek.

Mengulas lanjut, Effendy berkata, setakat ini hanya Sungai Melaka yang masih menunjukkan trend menaik pada paras 2.71 meter berbanding sebelumnya 2.70 meter, namun ia masih berada di bawah bacaan normal iaitu 3.0 meter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI