fbpx

Suami bunuh, bakar mayat isteri dipenjara 25 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAVAL

VESOUL,Perancis – Mah–kamah Perancis menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun terhadap Jonathann Daval kelmarin kerana membunuh isterinya dan kemudian membakar mayat mangsa dalam kes yang mengejutkan negara itu.

Lelaki Perancis berusia 36 tahun itu tidak mempamerkan sebarang emosi sedih ketika hukuman itu dibacakan. Dia hanya menoleh untuk melihat ahli keluarganya yang hadir.

Terdahulu, Daval berkata, ‘maaf, maaf’ di kandang tertuduh sambil memandang ke arah ibu dan bapa mertuanya.

Lelaki itu akhirnya mengaku memukul isterinya hingga mati dan membakar mayat mangsa di dalam sebuah hutan. Pada awalnya, dia melaporkan bahawa wanita itu hilang.

Mayat rentung Alexia Daval ditemui tersembunyi di bawah ranting-ranting berhampiran bandar tempat mereka tinggal, Gray-la-Ville di timur Perancis pada Oktober 2017.

Pada mulanya Daval berkata, Alexia yang merupakan seorang pekerja bank berusia 29 tahun keluar berjoging dan tidak kembali.

 

                                   ALEXIA DAVAL

 

Bapa Alexia, Jean-Pierre Fouillot merangkul bahu isterinya, Isabelle ketika keputusan pengadilan disampaikan.

Beberapa minit kemudian, ibu mangsa, Isabelle Fouillot keluar untuk bercakap dengan wartawan seperti yang telah dilakukannya sepanjang perbicaraan kes tersebut.

“Saya mengharapkan keputusan ini. Kini kami boleh membuka lembaran baharu dalam hidup kami,” katanya.

Peguam bela tertuduh, Ornella Spatafora berkata, dia tidak akan merayu hukuman terhadap anak guamnya.

Sebelum ini, pihak pendakwa raya meminta hukuman penjara seumur hidup terhadap Daval. Setelah kematian isterinya, Daval telah menunjukkan wajah murung dan menangis semasa sidang akhbar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI