fbpx

Selangor catat 407 kes denggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sejumlah 407 kes demam denggi telah dilaporkan di Selangor bagi tempoh 15 hingga 21 November 2020 (minggu epid 47) berbanding 392 kes pada minggu sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, jumlah kes demam denggi itu mengalami peningkatan sebanyak 3.8 peratus.

“Sebanyak 42,418 kes demam denggi dilaporkan sehingga minggu epid ke-47 yang berakhir pada 21 November iaitu penurunan sebanyak 34.4 peratus (22,277 kes) berbanding minggu yang sama tahun 2019 (64,695 kes).

“Lima daerah utama yang mencatatkan kes demam tertinggi adalah Petaling 14,767 kes; Hulu Langat (9,187), Klang (6,743), Gombak (6,257) dan Sepang sebanyak 2,334 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Sha’ari menasihatkan masyarakat perlu kekal fokus dalam kawalan pencegahan demam denggi walaupun trend menunjukkan penurunan kes.

“Pencegahan penyakit demam denggi adalah tanggungjawab semua. Luangkan 10 minit seminggu untuk memastikan semua takungan air yang tidak digunakan di persekitaran masing-masing dimusnahkan.

“Bagi takungan air kekal hendaklah sentiasa ditutup atau diletakkan ubat pembunuh jentik-jentik serta diperiksa seminggu sekali,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI