fbpx

Ronaldo tak makan dek usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meledak dua gol untuk membantu kemenangan Juventus ketika menewaskan Cagliari awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Andrea Pirlo menggambarkan Cristiano Ronaldo sebagai seorang pemain yang dilahirkan dengan karakter juara selepas muncul wira pasukan dalam kemenangan 2-0 ke atas Cagliari pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Ronaldo membuktikan umur­nya yang sudah menjangkau 35 tahun bukan halangan utama apabila dia meledak dua gol pantas dalam tempoh empat minit bermula minit ke-38 dan 42 pada aksi di Stadium Juventus itu.

“Semua orang tahu bahawa dia seorang pemain yang sangat profesional. Inilah karakter sebenar seorang juara yang sentiasa me­nunjukkan contoh terbaik kepada semua orang sama ada dalam latihan ataupun perlawanan sebenar,” kata Pirlo.

Pemenang lima Ballon d’Or itu sebenarnya berupaya meledak lebih banyak gol tetapi memilih untuk mencipta peluang dan gerakan buat rakan-rakan sepa­sukannya sepanjang perlawanan tersebut.

Sebagai rekod, ia adalah gol kelapan kapten Portugal itu bersama Juventus dalam semua kejohanan musim ini.

Kemenangan itu melonjakkan Juventus ke tangga kedua Serie A dalam usaha memburu kejuaraan Scudetto buat kali ke-10 berturut-turut sejak musim 2011-2012.

Juventus selepas ini akan menanti kunjungan juara Hungary, Ferencvaros menjelang perlawanan keempat Kumpulan G kempen Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu ini.

Kemenangan ke atas Ferencvaros akan melayakkan Juventus lebih awal ke peringkat kalah mati bersama satu lagi gergasi Eropah dalam saingan Kumpulan G iaitu Barcelona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI