fbpx

Polis Gua Musang jalani persiapan hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

GUA MUSANG – Anggota keselamatan di daerah ini bersedia menghadapi kemungkinan berlaku bencana banjir di kawasan hulu pada masa terdekat ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, persiapan rapi itu melibatkan penyertaan seramai 70 anggota polis termasuk semua agensi kerajaan lain.

Katanya, anggota sudah melakukan latihan bagi memastikan persiapan dalam segenap aspek termasuk pengendalian bot.

“Kemahiran mengendalikan bot itu penting bagi menghadapi banjir terutama di kawasan arus deras di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Tiga sungai utama di daerah ini termasuk Sungai Galas, Nenggiri dan Lebir mempunyai arus deras yang luar biasa apabila hujan lebat sehingga air naik dengan cepat,” katanya selepas menyertai Program Latihan Pengendalian Bot Antara Agensi Penyelamat di Sungai Nenggiri di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, sebelum ini, latihan serupa telah diadakan tetapi hanya membabitkan anggota Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, pada kali ini sebanyak tujuh agensi kerajaan terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Latihan bertujuan mendedahkan anggota dengan pengurusan mengikut norma baharu yang lebih tersusun dan menguji tahap kemahiran mereka.

“Latihan pengendalian bot diadakan di sekitar Sungai Nenggiri,” katanya.

Mohd. Taufik juga menasihatkan supaya anggota menjaga keselamatan dan kesihatan diri semasa mengendalikan tugas sepanjang musim tengkujuh ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI