fbpx

Operator kilang maut ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26, Shah Alam, pagi tadi.

SHAH ALAM – Seorang operator kilang pemasangan kereta maut dalam perjalanan ke tempat kerjanya selepas bertembung dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 26 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Azinor Isma Salim, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

Dua lagi mangsa yang parah adalah Mohd. Azirul Hanafie Omar, 21, dan pemboncengnya wanita warga Indonesia berusia 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Xmax sendirian sedang menuju ke kilangnya di sekitar daerah ini dari Puchong.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dikatakan bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki dua individu dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala penunggang dan pembonceng pula cedera parah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ujar beliau, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Sementara, dua lagi mangsa yang parah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI