fbpx

Masalah capaian internet untuk pelajar di PPS akan dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZMAN (kiri) menyampaikan wang tabung bencana dan kotak makanan sumbangan MB Inc kepada mangsa banjir di PPS Sk Parit Haji Aman, Bagan Serai hari ini. - Wat Kamal Abas

BAGAN SERAI – Masalah para pelajar yang menghuni pusat penempatan sementara (PPS) berkaitan capaian internet yang lemah untuk belajar di atas talian akan dibincangkan dengan segera agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, pihaknya akan segera membawa perkara itu kepada mesyuarat exco kerajaan negeri dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Semua pelan tindakan untuk jangka masa pendek dan panjang dalam hal itu akan di bincangkan dalam mesyuarat khas.

“Sebagai inisiatif dalam masa terdekat, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol akan berjumpa dengan mana-mana rangkaian telekomunikasi bagi menyediakan khidmat wifi untuk kegunaan para pelajar di PPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan tabung bencana daerah dan kotak makanan sumbangan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini hari ini.

Tambahnya, pembelaran atas talian amat penting buat pelajar terutamanya bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sementara itu, ketika mengulas mengenai masalah pesawah yang memohon kerajaan mengembalikan wang bantuan RM600 sementara menunggu musim menuai, Razman berkata, dia menyokong agar bantuan tersebut dikembalikan.

“Wang itu ibarat bantuan kecemasan bagi untuk kegunaan pesawah terutama ketika musibah bencana seperti di landa banjir hingga tanaman mereka terjejas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat menasihatkan agar mangsa banjir tidak perlu berasa bimbang terhadap rumah yang mereka tinggalkan kerana pasukan pemantau pihak polis sentiasa membuat rondaan memantau terhadap rumah-rumah yang ditinggalkan akibat banjir. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI