fbpx

KTMB sanitasi koc Ekspress Rakyat Timuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melakukan kerja-kerja sanitasi ke atas sebuah koc Ekspress Rakyat Timuran (ERT) selepas seorang daripada penumpangnya disahkan Covid-19.

Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad Asri Khalbi berkata, tindakan segera itu dilakukan bagi memutuskan rantaian Covid-19 sekali gus mengekang risiko jangkitan kepada penumpang lain.

Menurutnya, KTMB telah menyerahkan maklumat berkaitan penumpang yang menggunakan koc berkenaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ia hanya melibatkan penumpang Koc T6, ERT26 dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Tumpat pada 10 November lalu.

“KKM memaklumkan hanya enam penumpang yang berada di dalam koc itu yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat kepada individu tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Ahmad Asri berkata, enam lagi penumpang itu perlu segera menghubungi KKM agar langkah-langkah pencegahan penularan dapat dilakukan.

Katanya, KTMB turut menasihatkan para pengguna perkhidmatan itu agar tidak panik atau takut untuk menggunakan pengangkutan awam itu.

“Kami sentiasa menitikberatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian pandemik itu.

“Penumpang perlu sentiasa mengamalkan SOP selain memakai pelitup muka sepanjang berada di platform dan di dalam tren,” ujarnya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memohon seramai enam penumpang yang menaiki perkhidmatan kereta api ERT dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 November lalu supaya tampil  melakukan ujian saringan Covid-19.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, tindakan itu perlu dijalankan segera selepas seorang daripada penumpang ERT disahkan positif Covid-19. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI