fbpx

Hidup susah selepas suami diserang strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazmah menjaga suaminya yang terlantar akibat strok di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat Tampin baru-baru ini.

TAMPIN – Penderitaan yang dialami seorang pekerja buruh selepas diserang strok sejak September lalu menyebabkan keluarganya kini dihimpit kemiskinan kerana kehilangan sumber pendapatan.

Norazmah Mohamad, 45, berkata, suaminya, Wan Mohd. Zaimi Wan Ahmad, 47, sebelum ini tidak pernah mengadu sakit, namun secara tiba-tiba diserang strok ketika sedang meninjau kerja-kerja membaiki rumah rakannya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini.

“Suami saya kemudian dihantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning sebelum dimasukkan ke hospital.

“Hasil pemeriksaan, dia me­ngalami pendarahan dalam otak dan tempurung kepala terpaksa dibuang bagi mengeluarkan darah beku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Dua, Gemencheh dekat sini baru-baru ini.

Norazmah memberitahu, ke­jadian itu menyebabkan suaminya kini hanya mampu terlantar akibat strok sebelah kiri badan.

Katanya, mereka sekeluarga sekarang bergantung hidup atas sumbangan adik-beradik, keluar­ga dan masyarakat setempat.

Selain itu, dia terpaksa mendapatkan bantuan abangnya untuk menjaga Wan Mohd. Zaimi kerana suami itu agak agresif walaupun mengalami strok.

“Sebelum ini kami sekeluarga tidak pernah meminta bantuan mana-mana pihak kerana suami masih bekerja serta mempunyai pendapatan mengambil upah kerja kampung,” ujarnya.

Menurutnya, dia kini bimbang tidak mampu memenuhi keperluan anak tunggalnya, Mohamad Fahmi Husaini, 10, terutamanya untuk tujuan persekolahan nanti.

“Kami ada menerima Ban­tuan Sara Hidup, namun ia hanya dapat menampung sebahagian keperluan.

“Saya harap bantuan Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Ma­syarakat akan dapat disalurkan segera kepada kami,” kata­nya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh me­nyalurkannya ke akaun BSN 0511341100005193 atas nama Norazmah Mohamad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI