fbpx

Guru agama menangis rayu hukuman ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru agama didenda RM2,500 kerana membuat dan memulakan penghantaran komen palsu di Facebook pada bulan lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang guru agama yang dituduh membuat dan memulakan penghantaran komen palsu di Facebook menangis teresak-esak sambil merayu hukuman ringan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Faiz Basri, 28, membuat rayuan itu kepada Hakim, Azman Abu Hassan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mohd. Faiz dalam rayuannya berkata, dia mengakui kesalahannya dan mendakwa tidak mengetahui perbuatannya itu menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain itu, tuan hakim, saya ingin memaklumkan bahawa saya hanya bekerja di sekolah agama dan hanya memiliki motosikal, kereta pun tidak ada. Saya tidak mampu tuan hakim.

“Saya mempunyai seorang isteri yang merupakan suri rumah sepenuh masa serta dua anak berusia dua dan tiga tahun,” katanya ketika prosiding di sini hari ini.

Dakwanya lagi, gaji bulanannya juga terpaksa dipotong sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) daripada lebih RM1,000 kepada RM500 sebulan.

Azman kemudian berkata, tertuduh sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penghantaran di media sosial kerana ia memberi implikasi besar kepada orang ramai yang membacanya.

Beliau kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,500 ke atas tertuduh dan mengenakan tambahan penjara dua bulan, jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok membayar denda tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI