fbpx

Guardiola muak taktikal lapuk Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mengakui taktikal ‘parkir bas’ digunakan Mourinho menyebabkan City gagal beraksi dengan baik sehingga mereka tewas 0-2 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui sudah ‘muak’ melihat taktikal yang dipamerkan oleh Tottenham Hotspur yang dikendalikan oleh seteru tradisi, Jose Mou­rinho selepas pasukannya tewas 0-2 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) awal pagi semalam.

Kata Guardiola, skuadnya beraksi seperti biasa dengan mempamerkan corak permai­nan menyerang selain menguasai sebahagian besar perlawanan berbanding pasukan bimbingan Mourinho yang terkenal dengan taktikal ‘parkir bas’.

“Kami sepatutnya boleh meraih keputusan yang diharapkan pada perlawanan ini kerana aksi yang dipamerkan barisan pemain sangat positif. Namun, apa yang boleh kami lakukan lagi jika Spurs bermain dengan enam pertahanan.

“Taktikal tersebut sememang­nya terkenal dengan Mourinho kerana pasukan yang dibim­bing sebelum ini turut melakukan perkara yang sama. Mereka hanya menunggu peluang untuk menjaringkan gol dengan serangan balas pantas.

“Justeru, kesilapan yang kami lakukan telah dihukum pasukan lawan apabila mereka berjaya menjaringkan dua gol yang sepatutnya boleh dielakkan. Apapun, saya harap pasukan dapat bangkit pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Kevin De Bruyne percaya ketumpulan jentera serangan The Citizens menjadi punca mereka gagal mengutip mata selepas mensia-siakan banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

“Pasukan beraksi dengan baik, cuma kami gagal memanfaatkan peluang terhidang sekali gus menghukum pasukan pada perlawanan ini.,” katanya.
City akan mengalihkan tumpuan untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Olympiacos pada awal pagi Rabu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI