fbpx

Gelang ‘pink’ milik petugas kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELANG merah jambu yang ditemui di tepi jalan berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama, Kota Tinggi semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan gelang merah jambu yang ditemui berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama, Kota Tinggi yang tular di media sosial kelmarin adalah milik seorang anggota kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu berkata, pihak PKD turut mengesahkan bahawa gelang tersebut bukan dimiliki oleh orang kena perintah (OKP) Covid-19.

“Pihak PKD Kota Tinggi telah menjalankan siasatan ke atas aduan satu gelang berwarna merah jambu berhubung perkara tular itu.

“Hasil siasatan mendapati gelang pengawasan itu adalah milik seorang anggota kesihatan di PKD Kota Tinggi yang telah menjalani ujian Covid-19 bagi tujuan untuk bertolak ke Sabah dan secara tidak langsung telah dipakaikan gelang pengawasan.

“Pemakaian gelang semata-mata untuk ujian COVID-19 adalah tidak diperlukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan penemuan gelang merah jambu ditinggalkan di tepi jalan dipercayai dibuang di tepi jalan di berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama semalam.

Dr. Aman berkata, pihak PKD Kota Tinggi sentiasa melaksanakan pemantauan terhadap kesemua OKP di negeri ini.

Tambahnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan tiada penguatkuasaan dijalankan ke atas kesilapan yang berlaku.

“PKD Kota Tinggi juga telah menjalankan operasi OPS Home Surveillance di Zon Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang dengan kerjasama PDRM untuk memantau kepatuhan OKT yang tidak memakai Gelang di zon berkenaan dalam tempoh kuarantin bermula 19 November hingga 2 Disember depan.

“Hasil pemantauan mendapati kesemua OKP patuh dengan perintah kuarantin dan gelang pengawasan masih dipakai,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI