fbpx

Dosa Perancis dahulu, kini dan selamanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHD TURMADZI MADUN, PENGARANG BERITA KOSMO.

Perancis nampaknya masih berdegil dan berterusan menyerang umat Islam dengan cara menghina Nabi Muhammad.

Negara yang mempunyai kuasa veto dalam Majlis Ke­selamatan Bangsa-Bangsa Bersatu itu bagaikan tidak tahu apa ertinya menyakiti hati orang melalui perbuatan yang jelas membangkitkan kemarahan.

Perancis bukanlah baharu dalam melakukan dosa kepada Islam. Sejak zaman dahulu, mereka telah membuat pelbagai perkara untuk menghina agama sama ada melalui peperangan, penulisan atau ucapan.

Dalam 65 juta jumlah penduduknya, Perancis seakan lupa bahawa tujuh juta daripadanya beragama Islam.

Islam berkembang di negara penjajah itu melalui para imigran dari Afrika seperti Algeria, Libya, Maghribi, Mauritania dan lain-lain.

Sebahagian imigran itu berpindah ke sana berpunca daripada sikap kejam Perancis juga yang menjajah tanah air mereka dengan membunuh ulama selain mencuri karya-karya berharga ilmu Islam.

Terbaharu, barisan editorial Charlie Hebdo yang berpangkalan di Paris sekali lagi membangkitkan kemarahan Islam kerana menerbitkan se­mula kartun kontroversi menghina Nabi Muhammad yang menyebabkan pejabat mereka diserang pada 2015.

Mereka memberikan alasan penerbitan semula adalah wajar bagi menandakan bermulanya perbicaraan pasangan adik beradik, Said dan Cherif Kouachi yang terlibat dalam serangan itu.

Natijahnya, rata-rata dunia Islam dengan lantangnya telah membantah tindakan tidak ber­adab tersebut termasuk Malaysia.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan misalnya menggesa untuk memboikot membeli barangan Perancis ekoran serangan dan kenyataan Islamophobia oleh Pre­siden Perancis, Emmanuel Macron.

Malaysia melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menghantar surat bantahan kepada Perancis.

Tentera bawang pula bersepakat melancarkan boikot ke atas barangan Perancis yang dieksport ke Malaysia. Pembaca boleh Google senarai barangan import dari negara berkenaan.

Namun, sejauh mana kejayaan boikot itu belum dapat dipastikan.

Satu sahaja yang Perancis perlu ingat bahawa ketika mereka memenangi Piala Dunia pada 2018, 30 peratus pemain bola sepak kebangsaan mereka beragama Islam se­perti Paul Pogba, Ousmane Dembele, Nabil Fekir, Benjamin Mendy, Djibril Sidibe, Adil Rami dan N’Golo Kante.

Bagaimana mereka menghargai pemain-pemain yang telah menjulang nama Perancis?

Dengan cara menghina nabi pemain-pemain itu. Itulah keburukan Perancis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI