fbpx

Dimensi baharu skuad Gergasi Merah – Sean

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEAN (depan) teruja dengan kehadiran Neitzel yang dianggap dapat memberi aura serta dimensi baharu buat skuad Gergasi Merah pada musim depan. – FACEBOOK SELANGOR FC

PENYERANG sensasi pasukan Selangor, Sean Eugene Selvaraj tidak sabar untuk membuktikan keupayaan bagi menambat hati pengendali baharu, Karsten Neitzel menjelang aksi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Kata Sean, barisan pemain Gergasi Merah sangat teruja dengan kehadiran Neitzel yang dianggap dapat memberi aura serta dimensi baharu buat pasukan memandangkan kredibilitinya sebagai salah seorang jurulatih berpengalaman dari Jerman.

“Pandangan saya apabila pertama kali berjumpa dengan Neitzel cukup teruja kerana beliau sangat ramah dan jujur dengan kata-katanya. Pengalaman luas­nya di pentas Eropah dan Asia juga diharapkan dapat membantu kami memperbaiki segala kelemahan musim ini.

“Secara jujur, saya harap dapat berikan apa yang Neitzel perlukan untuk pasukan terutamanya dalam bahagian serangan, selain membantu jentera pertahanan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sean yang sudah bersama Selangor sejak musim 2018 telah menjadi watak penting buat pa­sukan ketika dibimbing oleh ke­tua jurulatih sementara, Michael Feichtenbeiner sejak dua bulan lalu.

Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu dijangka kekal bersama skuad Merah Kuning untuk saingan musim depan meskipun pa­sukan itu dilaporkan melepaskan sebilangan besar pemain yang tamat kontrak pada tahun ini.

Antara yang dilepaskan adalah K. Sarkunan, Farizal Harun, Khyril Muhymeen Zambri, Anwar Ibrahim dan tiga pemain import, Rufino Segovia, Taylor Regan dan Sandro Da Silva.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI