fbpx

Boleh berniaga sehingga tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Semua jenis perniagaan dibenarkan untuk menjalankan operasi sehingga pukul 12 tengah malam bermula esok.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut dipersetujui pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dijalankan hari ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak aduan daripada netizen dan persatuan-persatuan restoran terutamanya dari kalangan masyarakat Islam.

“Mereka keluar biasanya lepas Isyak, pukul 9 baru mereka berada di restoran namun pukul 10 restoran dah tutup. Jadi kesan kepada peniaga memang besar.

“Jadi tadi, mesyuarat bincang perkara ini dan akhirnya bersetuju untuk membenarkan pembukaan restoran dan perniagaan-perniagaan seperti kedai serbaneka, stesen petrol dan kedai-kedai runcit sehingga pukul 12 tengah malam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan netizen, Ismail Sabri berkata, institusi memandu juga dibenarkan untuk beroperasi namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI