fbpx

Bekas CEO, isteri bakal dituduh pecah amanah RM140 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif berpangkat Datuk dan isterinya yang merupakan pengarah syarikat swasta akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Jenayah Rasuah, Shah Alam, Selangor, esok atas pertuduhan membuat tuntutan palsu dan pecah amanah bernilai kira-kira RM140 juta sejak tujuh tahun lalu.

Kedua-dua individu yang berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya kira-kira pukul 9.40 pagi ketika hadir memberi keterangan hari ini.

Sumber berkata, individu berpangkat Datuk itu bakal berdepan dengan beberapa pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM8 juta dan pertuduhan pecah amanah bernilai kira-kira RM132 juta sejak 2013 hingga 2017.

Menurut sumber, isteri Datuk itu pula dijangka menghadapi pertuduhan kerana bersubahat melakukan kesalahan tersebut.

“Pasangan suami isteri itu akan menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 409 Kanun Keseksaan,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI