fbpx

74 lokasi Dungun, Kemaman mudah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman (kanan) melihat peta yang menunjukkan 74 lokasi berisiko banjir di Kemamam dan Dungun hari ini.

KEMAMAN – Sebanyak 74 lokasi di daerah ini dan Dungun telah dikenalpasti berisiko tinggi untuk dilanda banjir pada musim tengkujuh ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu, Azman Alias berkata, antara kawasan berisiko banjir di Kemaman ialah Kampung Seberang Tayor, Padang Kubu, Kampung Teladas dan Kampung Tebak di sini.

“Kawasan rendah di Dungun yang terdedah dengan bencana banjir pula ialah Kampung Syukor; Kampung Kuala Jengai dan Kampung Pasir Raja yang terletak di Hulu Dungun,” katanya di sini hari ini.

Azman berkata, JBPM Terengganu pemantauan di kesemua 74 lokasi berkenaan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir musim tengkujuh.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa berwaspada berikutan amaran hujan lebat tahap kuning yang dijangka berlaku di sebahagian negeri ini termasuk Kemaman dan Dungun sehingga hari ini.

“Seramai 261 anggota bomba telah bersiap siaga dengan 21 aset bagi menghadapi situasi banjir.

“Orang awam yang menetap di kawasan berisiko banjir dinasihat agar sentiasa berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah lebih awal sekiranya diperlukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI