fbpx

69 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa orang penduduk mula keluar dari rumah masing-masing apabila air mula naik hari kedua banjir di Kampung Pasir, Tampoi di sini semalam. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Seramai 69 mangsa banjir melibatkan 18 keluarga dari Kampung Laut Batu 10, Skudai dan Kampung Pasir, Tampoi, di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) secara berperingkat sejak petang semalam ekoran kejadian banjir kilat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, dua PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir ini ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai dan SK Kampung Pasir.

“PPS di SK Batu 10 dibuka pada pukul 6.18 petang semalam menempatkan 38 orang daripada sembilan keluarga di Kampung Laut Batu 10.

Bagi PPS di SK Kampung Pasir, pusat itu dibuka kira-kira pukul 8 malam semalam pula menempatkan 31 orang daripada sembilan keluarga,” katanya dalam kenyataan semalam.

Vidyananthan berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, jumlah mereka yang berada di dua PPS tersebut masih kekal dengan 69 penduduk daripada 18 keluarga.

Ujarnya, keseluruhan agensi terlibat antaranya Pejabat Daerah Johor Bahru, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Bomba dan Penyelamat sentiasa memantau keadaan banjir berkenaan dari semasa ke semasa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI