fbpx

5,000kg makanan haiwan seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAQIS merampas makanan haiwan yang cuba dibawa masuk ke negara ini dari Thailand kerana tidak mempunyai permit import sah.

Oleh MOHD RIFAAT ABD HAMID

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk 5,000 kilogram (kg) makanan haiwan dari Thailand di sini semalam.

Rampasan makanan haiwan bernilai RM18,675.62 itu dilakukan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)  Bukit Kayu Hitam kira-kira pukul 11 malam.

Pengarahnya, Lily Rosalind  berkata, pemeriksaan rutin mendapati, sebuah kontena membawa makanan haiwan tanpa permit import sah yang dikeluarkan Maqis.

Katanya, perbuatan itu menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta sama.

“Bagi kesalahan itu, pengimport boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menjalankan pemeriksaan di setiap pintu masuk negara untuk memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI