fbpx

300 pekerja Top Glove dipindahkan ke dua hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja Top Glove yang sedang dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpu menaiki bas. Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Kira-kira 300 pekerja di kilang Top Glove yang dijangkiti Covid-19 dipindahkan ke dua buah hospital bagi rawatan lanjut.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Shaari Ngadiman ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut memaklumkan mereka akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, sebanyak lapan buah bas terlibat dalam pemindahan tersebut.

“Sebanyak empat buah bas masing-masing akan membawa pekerja tersebut ke Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Terdahulu, Selangor mencatatkan kes baharu positif Covid-19 tertinggi dua hari berturut-turut dengan mencatatkan 1,203 kes.

Peningkatan di Selangor berpunca pertambahan kes Kluster Teratai, sebanyak 1,067 kes dan Kluster Damanlela sebanyak 101 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI