fbpx

1,884 kes baharu, tertinggi sejak pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,884 kes baharu dilaporkan hari ini, sekali gus tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara menjadikan jumlah kes positif sebanyak 56,659 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, dua daripadanya ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat pertambahan dua kes kematian hari ini di Sabah melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 80 dan 58 tahun, menjadikan sebanyak 337 kes kematian Covid-19 terkini.

“Selain itu, sebanyak 883 kes sembuh Covid-19 direkodkan hari ini dan jumlah keseluruhan kumulatif kes pulih di seluruh negara sebanyak 42,480 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat 115 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 48 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI