fbpx

Semangat Liverpool masih belum pudar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berdepan kesulitan ketika ini apabila beberapa pemain utamanya berdepan masalah kecederaan sekali gus mengganggu misi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi. – AFP

LIVEPROOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yakin para pemainnya mempunyai mentaliti yang kuat untuk mengharungi saingan biarpun mereka berdepan krisis kecederaan pemain yang membimbangkan.

Perkembangan terbaharu menyaksikan kapten mereka, Jordan Henderson terpaksa disisihkan ekoran berdepan masalah kecergasan ketika mereka dijadual menentang Leicester City awal pagi esok.

Bagaimanapun, Klopp mengakui bahawa mereka tidak pernah berasa takut berdepan situasi berkenaan sebaliknya akan terus berjuang dengan pemain yang ada.

“Kami adalah sebagai satu unit, ia sangat sempurna dan lengkap. Semakin banyak masalah yang perlu kami hadapi, semakin kuat ikatan antara kami. Ia adalah perkara normal di kelab ini dan sentiasa seperti ini.

“Kami tidak mahu memberikan alasan terhadap situasi yang kami sedang hadapi. Kami mahu mengelak daripada masalah kecederaan tetapi pemain yang tinggal sentiasa bekerja keras untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

“Kami mempunyai cara untuk mengatasinya kerana kami sudah bersedia dengan kemungkinan yang lebih teruk berbanding yang dihadapi sekarang.

“Musim ini masih panjang, kami baru beraksi lapan perlawanan dan akan ada lebih banyak masalah lagi pada masa akan datang. Saya selalu beritahu pemain, masalah yang kami hadapi adalah peluang untuk mereka meraih lebih kejayaan. Itu yang sedang kami cuba lakukan.

“Saya tidak fikir pemain saya perlu membuktikan apa-apa. Kami sering berdepan situasi getir seperti ini dengan baik. Kami akan hadapinya bersama-sama,” katanya.

Liverpool berdepan krisis kecederaan di bahagian pertahanan paling rumit ketika ini apabila tiga tonggak utama mereka, Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Trent-Alexander Arnold terpaksa berehat panjang.

Selain itu, mereka mungkin terlepas peluang menggunakan khidmat Mohamed Salah yang diuji positif Covid-19 serta beberapa siri kecederaan pemain lain termasuk pemain pertahanan muda, Rhys Williams.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI