fbpx

Perompak samun lori bawa iPhone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pada 13 Oktober lalu menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memegang telefon pintar iPhone 12 Pro di Apple Park, Cupertino di California. - AFP

LONDON – Polis sedang memburu sekumpulan perompak yang melarikan sebuah lori berisi produk keluaran Apple Inc. bernilai £5 juta (RM27.2 juta) semasa satu rompakan di lebuh raya Britain.

Portal Metro UK melaporkan kejadian berlaku di arah selatan Persimpangan 18 Lebuh Raya M1 di Northamptonshire antara pukul 7.45 malam hingga 8 malam, 10 November lalu.

Kedua-dua pemandu dan pengawal keselamatan diikat sebelum kumpulan penjenayah melarikan kenderaan itu di satu kawasan perindustrian di perkampungan Crick.

Menurut laporan, kenderaan itu dipandu ke Eldon Close di Crick sebelum muatan kargo dipindahkan.

Perompak dipercayai memindahkan barang rompakan ke dalam sebuah trak sebelum beredar. Kedua-dua mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian.

Trak itu kemudiannya ditemui di Lutterworth, Warwickshire. Perompak dipercayai memindahkan semula 48 pelet produk Apple ke dalam kenderaan ketiga dan melarikan diri.

Polis Northamptonshire meminta bantuan orang awam jika mempunyai rakaman kejadian, melihat sesuatu pelik di Lebuh Raya M1 atau ditawarkan produk Apple dengan harga rendah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI