Pada September lalu, Mira Filzah pernah ‘menghancurkan’ hati ramai jejaka di luar sana selepas mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar.
Selepas berkahwin, Mira dilihat sangat romantis. Ramai puji cara pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu melayan suaminya.
Baru-baru ini nama Mira sekali lagi trending dalam media sosial selepas tular sebuah video Instagram Story yang memaparkan dia memanggil Wan Emir dengan panggilan manja, Booboo (Bubu).
Comel sungguh panggilan Mira buat suaminya, lembut saja suaranya menyebut perkataan Bubu.
Pada awalnya, ramai yang menyangka Mira memanggil seekor kucing namun telahan netizen salah, rupa-rupanya Booboo adalah gelaran untuk suaminya.
Ramai yang menjadikan perkara itu gurauan dalam media sosial malah, ada juga netizen yang berkongsi nama kucing mereka Booboo.
DIVA: Ramai betul artis yang menerima mesej ugutan santau daripada individu yang mereka tidak dikenali.