fbpx

Petugas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 jalani kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penyanyi yang sepatutnya bertanding pada malam terakhir SFMM35 malam ini.

PETALING JAYA – Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) memaklumkan petugas yang terlibat dalam program Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) menjalani kuarantin selama 14 hari.

Perkara itu diumumkan STMB dalam satu kenyataan rasmi di sini hari ini.

“STMB mengambil langkah menunda siaran langsung SFMM35 yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini (22 November) ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Kami sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan pelanggannya serta akur dengan setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Petugas yang terlibat juga telah menjalani kuarantin dan bekerja dari rumah bermula hari ini.

“Selain itu, petugas STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan,” katanya.

Menurut STMB, pihaknya sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan juga artis, Alif Satar untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau

Alif Satar yang membuat persembahan pada Jumaat lalu menjalani ujian saringan Covid-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada 17 November lalu lalu didapati positif.

“Kerja-kerja sanitasi dilaksanakan di lokasi terbabit,” katanya lagi.

Terdahulu, Alif yang juga salah seorang penyanyi bertanding pada episod pertama SFMM35  pada Jumaat lalu mengumumkan dia disahkan positif Covid-19 hari ini.

Sementara itu, rata-rata warga maya menarik lafas lega selepas SFMM35 yang sepatutnya bersiaran dari Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam ini dibatalkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI