fbpx

Dua pingat emas Malaysia ‘dirompak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD hoki dalam dewan lelaki berjaya meraih pingat emas pada Sukan SEA di Manila tahun lalu.

TIMBALAN Presiden Konfe­derasi Hoki Malaysia, Profesor Datuk Dr. S. Shamala menegaskan, satu kerugian besar buat Malaysia apabila bakal kehilangan dua pingat emas jika acara hoki dalam dewan tidak dipertan­dingkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.

Ini kerana, Malaysia adalah juara bertahan bagi kategori lelaki dan wanita pada Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina selain turut berjaya meraih satu pingat emas dan satu gangsa ketika kali pertama acara itu diperkenalkan sewaktu edisi Kuala Lumpur 2017.

Bagaimanapun, Shamala percaya, Persekutuan Hoki Asia (AHF) akan mengemukakan ra­yuan bagi memastikan acara hoki tidak ‘mati’ dalam penganjuran temasya Sukan SEA menjelang edisi ke-31 di Hanoi dari 21 November hingga 2 Disember tahun depan.

“Saya sudah menyemak perkara ini dengan Datuk Tayyab Ikram (Ketua Pegawai Eksekutif AHF) dan mereka dalam proses untuk buat rayuan. Kalau ikutkan, Vietnam memiliki pasukan hoki dalam dewan yang kuat.

“Saya rasa masih ada peluang lagi tetapi mungkin daripada pe­ringkat persekutuan asia (AHF) yang perlu mengemuka rayuan. Saya amat berharap masih ada ‘cahaya’ untuk hoki dalam dewan dianjurkan pada Sukan SEA nanti.

“Kalau tidak, dua pingat emas automatik hilang. Ia sangat me­rugikan buat kontinjen Malaysia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kelmarin, Presiden Majlis ­Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria mendedahkan, pihak penganjur menolak untuk menyenaraikan hoki dalam dewan pada Sukan SEA Hanoi 2021 meskipun acara itu dicadangkan oleh tujuh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC).

Bagaimanapun, beliau memaklumkan hoki dalam dewan serta polo air masih berpeluang disenaraikan, namun bergantung kepada perbincangan antara penganjur dan Vietnam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI