fbpx

Bomba panjat bukit curam bawa turun warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa turun seorang warga emas dari pondok dusun durian di Kampung Sepakat, Teluk Kumbar pagi tadi.

BALIK PULAU – Anggota bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mendaki dan membawa turun seorang warga emas yang ditemui dalam keadaan lemah di sebuah pondok dusun durian di Kampung Sepakat, Teluk Kumbar di sini pagi tadi.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Isparizan Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 7.53 pagi dan bergegas ke lokasi terbabit.

Menurutnya, beberapa anggota bomba terpaksa memanjat bukit pada jarak 80 meter untuk ke lokasi pondok berkenaan.

“Sebaik tiba di situ, warga emas berusia 69 tahun ditemui dalam keadaan lemah dan anggota telah memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Menurut rakan-rakanya yang turut berada di dusun itu, mangsa sebelum itu dilaporkan pengsan dan didapati telah sedarkan diri sebaik anggota tiba di situ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Isparizan memberitahu, anggota kemudiannya membawa turun mangsa ke kaki bukit dengan laluan mendaki yang curam menggunakan alat pengusung.

“Kita telah menyerahkannya kepada pasukan kesihatan yang menunggu di kaki bukit untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau dengan ambulan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI