fbpx

Banjir di Perak makin pulih, hanya 2 PPS dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Keadaan banjir di Perak bertambah pulih apabila hanya 199 mangsa daripada 77 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara setakat pukul 4 petang hari ini.

Berbanding pada pagi tadi, seramai 736 mangsa berada di enam PPS akibat banjir yang melanda di beberapa kawasan di negeri ini termasuk Larut, Bukit Gantang dan Pasir Salak.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, empat PPS termasuk tiga PPS di Larut dan satu di Pasir Salak ditutup sepenuhnya hari ini selepas banjir mulai surut.

“Dua PPS yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai apabila 152 mangsa daripada 63 keluarga masih ditempatkan di sana.

“Seramai 42 mangsa lagi dari 13 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Bukit Gantang setakat pukul 4 petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI