fbpx

{KEMASKINI} Alif Satar jalani kuarantin di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLINA bersama Alif Satar yang kini dikuarantin akibat Covid-19.

PETALING JAYA – Selepas disahkan positif Covid-19, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar kini kini menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka.

Perkara itu dimaklumkan oleh pengurusnya, Adlina Abu Bakar kepada Kosmo! Online di sini sebentar tadi.

Menurut Adlina, Alif berada di Melaka kerana terlibat dengan sebuah penggambaran drama dan mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Bercerita tentang kronologi jangkitan itu, Adlina memberitahu, pelakon drama Dia Semanis Honey itu dihubungi pejabat kesihatan yang memaklumkan dia merupakan kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 yang juga  ahli keluarga terdekatnya.

“Alif bertemu dengan individu tersebut pada malam Selasa lalu.

“Saya juga merupakan kontak rapat kepada pesakit tersebut dan perlu melakukan ujian saringan.

“Keputusan menunjukkan Alif positif Covid-19, manakala saya pula masih lagi menunggu keputusan,” kata Adlina.

Tambah Adlina, Alif akan menjalani kuarantin di Melaka selama 10 hari bermula semalam.

Dalam pada itu, Adlina turut meminta agar semua pihak mendoakan kesihatan Alif dan dirinya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Hari ini, penyanyi yang baru membuat persembahan semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 pada Jumaat lalu memaklumkan dia disahkan positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsikan Alif menerusi Instagramnya yang turut disertakan dengan sekeping gambar menunjukkan dia memakai baju pesakit hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI