fbpx

Tiga penghuni Medan 88 warga asing serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Tiga penghuni warga asing daripada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi menyerah diri kepada pihak berkuasa hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata, kesemua tiga penghuni terbabit adalah lelaki dan merupakan warga Indonesia.

Menurut beliau, secara keseluruhannya dalam tempoh 10 hari lalu, jumlah keseluruhan penghuni Medan 88 yang telah kembali adalah 43 orang setakat ini.

“Mengikut pecahan jantina, daripada jumlah itu, seramai 32 adalah lelaki dan 11 adalah wanita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, berdasarkan pecahan terkini mengikut kewarganegaraan, terdapat 19 warga Indonesia; tujuh warga Thailand dan seorang lelaki terdiri daripada warga India, Nepal dan Myanmar.

“Warga tempatan pula seramai 11 lelaki dan tiga wanita,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Kamarul Azran berkata, sepanjang tempoh tersebut, seramai 448 orang telah disaring termasuklah yang dilakukan pada 18 dan 19 November lalu setelah arahan polis dikeluarkan ke atas majikan dan pekerja premis kawasan berkenaan.

Tambahnya, berdasarkan rekod jumlah positif Covid-19 pula, seramai 44 orang positif saringan sebelum PKPD dilaksanakan.

“Sementara itu, jumlah positif saringan selepas PKPD dilaksanakan membabitkan 448 saringan adalah seramai sembilan orang.

“Secara keseluruhannya jumlah positif Covid-19 di Medan 88 meningkat kepada 53 orang,” katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan  itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermula  semalam hingga 25 November  membabitkan 88 unit rumah kedai, 284 premis dan seramai 800 penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI