fbpx

TFC jejak pemain dari Liga Thailand, Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI (kiri) akan cuba menggunakan dua aksi pemanas sepanjang minggu ini untuk mendapatkan rentak kembali skuad TFC menjelang Liga Super disambung semula.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain memberi gambaran beliau sedang mencari pemain dari Liga Thailand dan Vietnam untuk mengisi kuota pemain import Asean dan Asia.

Ia sekali gus mengetepikan spekulasi yang mengaitkan skuad Penyu dengan tonggak Indonesia, Evan Dimas dan Hansamu Yama Pranata serta Rabih Ataya yang kini bermain untuk UiTM FC.

Beliau berkata, TFC mencari pemain import Asean dan Asia yang memiliki kualiti tersendiri bagi mengganti kekosongan di­tinggalkan Faris Ramli dan Sanjar Shaakhmedov.

“Masih ada pemain (import Asean) yang baik di luar sana jika kita betul-betul cari. Antara yang menonjol adalah yang bermain di Liga Thailand dan Vietnam.

“Kita sebenarnya sudah pilih tonggak import baharu termasuk untuk kuota Asean dan Asia tetapi tidak bolehkan dedahkan buat masa ini kerana mereka masih memiliki kontrak dengan pasukan masing-masing,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Dalam pada itu, Mohd. Nafuzi mengakui, TFC perlu melupakan hasrat untuk membawa masuk Evan Dimas dan Hansamu Yama Pranata kerana kekangan bajet.

Beliau juga menafikan skuad Penyu mahu memancing Rabih Ataya yang kini dilihat hampir pasti menyertai Kedah.

“Tidak dinafikan Ataya menonjol musim ini, tapi saya tidak pernah berbincang (tawaran menyertai TFC) dengan pihak pengurusan atau dengan pemain itu sendiri,” katanya.

Mohd. Nafuzi juga membe­ritahu, selain import, beliau juga akan membawa masuk beberapa pemain tempatan berkualiti untuk skuad Penyu musim depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI