fbpx

Shin Wonho masuk tentera senyap-senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHIN WONHO

PENYANYI Shin Wonho daripada kumpulan Cross Gene dilaporkan sedang menjalani latihan ketenteraan sejak 19 Oktober lalu. 

Wakil  agensi Amuse Entertainment menjelaskan, perkara tersebut sengaja disembunyikan daripada pengetahuan umum atas permintaan Wonho yang enggan diberi publisiti. 

“Jinwoon mahu perkara ini tidak dilaporkan kepada media,” ujar wakil berkenaan. 

Bagaimanapun, sedar dengan keprihatinan peminat, Wonho kemudian menulis sepucuk surat dengan memaklumkan keadaannya di kem latihan. 

“Saya sangat gembira kerana menerima sokongan daripada anda sejak 2012 lagi. 

“Memori sejak debut masih segar seperti semuanya baru berlaku semalam. 

“Biarpun mengambil masa sedikit panjang, saya akan tetap menunggu waktu untuk kita semua bertemu kembali. Jadi tunggu saya pulang,” tulisnya. 

Wonho yang dilahirkan pada 1991 bukan sahaja seorang penyanyi, malah bergelar pelakon apabila pernah muncul dalam beberapa drama seperti The Legend of The Blue Sea, Risky Romance dan Hip Hop King. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI