fbpx

Rela bantu polis di setiap sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menempatkan hampir 60 anggota di 19 Sekatan Jalan Raya (SJR) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Kelantan mulai malam tadi.

Tugasan tersebut bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan pelaksanaan PKPB yang berkuat kuasa sehingga 6 Disember depan.

Timbalan Pengarah Rela Kelantan, Md. Rawi Mohamad berkata, bilangan anggota Rela akan ditambah untuk melakukan tugasan di semua pasar raya, pasar basah, pasar malam dan di kawasan yang sesak dengan orang ramai.

Katanya, anggota Rela turut ditempatkan di kawasan masjid dan beberapa lagi sekatan mengikut keperluan oleh PDRM.

“Anggota akan bertugas mengikut dua giliran di SJR yang telah ditetapkan bersama pihak polis.

“Sebelum ini, anggota Rela sudah berada di SJR sedia ada di Bukit Yong, Pasir puteh, Gua Musang dan Jeli,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Md. Rawi berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia apabila dipanggil oleh PDRM untuk bekerjasama dalam perlaksanaan SJR.

Beliau berkata, ramai lagi anggota Rela diperlukan untuk tugasan di SJR berikutan penambahan sekatan baharu di beberapa daerah untuk tempoh PKPB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI