fbpx

Liza Hanim nafi nyanyi lagu Siti Nurhaliza malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Liza Hanim.

PETALING JAYA – Penyanyi Liza Hanim menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa dia telah dipilih untuk menggantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bagi menyanyikan lagu bertajuk Aku Bidadari Syurgamu untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) malam ini.

Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi InstaStorynya memberitahu, sejak beberapa hari lalu dia telah menerima terlalu banyak ucapan tahniah kerana dikatakan bakal menggantikan Siti menyampaikan lagu ciptaan Ippo Hafiz dan lirik oleh Siti Rosmizah itu.

“Beberapa hari lalu terlalu banyak yang menyampaikan ucapan good luck (selamat berjaya) pada saya untuk sfmm (semifinal muzik-muzik), spekulasi mengatakan saya bakal menggantikan @ctdk untuk lagunya Aku Bidadari Syurgamu.

“Dengan ini saya nak jelaskan, bukan saya yang akan menyanyikan lagu indah itu. Walau bagaimanapun saya sangat-sangat terharu dengan sokongan dan harapan yang dinyatakan oleh semua.

“All the best (selamat berjaya semua) pada kesayangan saya yang akan mendendangkan lagu tersebut, you will do magic (anda akan melakukan magis. Kepada team Aku Bidadari Syurgamu, semoga lagu ini akan ke final!” ujar pemenang vokal terbaik AJL-17 itu.

Untuk SAMM35, penyanyi legenda itu berjaya membawa dua buah lagu dendangannya ke pentas separuh akhir menerusi lagu 7 Nasihat, cipta Kmy Kmo/Luca Sickta yang bakal dinyanyikan oleh penyanyi, Shiha Zikir pada malam ini.

Manakala untuk lagu Aku Bidadari Syurgamu, sehingga kini masih belum mengetahui penyanyi yang akan menggantikan Siti yang telah membuat keputusan untuk berehat daripada menyertai Anugerah Juara Lagu sejak beberapa tahun lalu.

Selain Liza Hanim, ramai juga peminat berharap lagu yang menjadi runut bunyi untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2 itu akan dinyanyikan oleh penyanyi legenda, Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI