fbpx

Lelaki OKU cemas terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki OKU yang diselamatkan selepas kediaman dinaiki air setinggi satu meter dalam kejadian di Kampung Batu 7, Ijok, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berhadapan detik-detik cemas kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan selepas terperangkap banjir di Kampung Batu 7, Ijok di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Khairul Izam, 40, yang cacat di kedua-dua bahagian kaki tinggal bersama ibunya dalam kejadian kira-kira pukul 7.39 malam.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 7.40 malam.

Katanya, pasukan yang tiba 15 minit kemudian mendapati kediaman tersebut digenangi air setinggi satu meter.

Jarak rumah mangsa dengan BBP Bestari kira-kira 14 kilometer.

“Mangsa dipindahkan menggunakan pengusung ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

“Lelaki OKU itu kini ditempatkan di rumah adiknya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, operasi kemudiannya ditamatkan pukul 8.19 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI