fbpx

City mahu betulkan semula haluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS mengakui sudah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia memikul tugas merobek gawang Spurs awal pagi esok. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya masih banyak ruang yang boleh diperbaiki oleh pasukan menjelang aksi penting Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang ­Tottenham Hotspur awal pagi esok sekiranya berhasrat untuk merampas kejuaraan liga musim ini.

Guardiola yang baru sahaja menandatangani kontrak lanjutan lumayan hingga penghujung musim 2023 untuk kekal membimbing The Citizens mahu anak-anak buahnya memberikan yang terbaik selepas memulakan kempen EPL musim ini dengan agak hambar.

Katanya, kemenangan menentang Spurs mampu menjadi langkah pertama untuk mereka kembali berada di landasan kemenangan, sekali gus mencabar kejuaraan liga musim ini.

“Saya sangat gembira apabila diberi kepercayaan untuk mendapatkan kontrak baharu, tetapi ini bukanlah masa untuk mendabik dada kerana masih ada ruang dan peluang untuk diperbaiki jika pa­sukan mahu mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pengurusan tertinggi.

“Secara jujur, saya mahu pemain memberikan tumpuan penuh untuk aksi menentang Tottenham kerana prestasi pasukan dalam kancah EPL pada awal musim ini dilihat tidak konsisten.

“Justeru, hanya kemenangan boleh menaikkan semula semangat pasukan dalam usaha merampas kembali takhta liga musim ini,” katanya.

Sementara itu, penyerang City, Gabriel Jesus turut senada dengan Guardiola dengan menyeru agar pemain memberikan seratus peratus usaha di atas padang kerana pasukan sudah tidak boleh lagi keciciran mata.

“Saya rasa kami perlu kembali berada di landasan kemenangan secepat mungkin tetapi dalam masa yang sama ia bukanlah aksi yang mudah kerana Tottenham mempunyai momentum yang cukup positif

“Namun, saya kini sudah cergas sepenuhnya dan jika diberikan peluang untuk diturunkan, saya akan membantu pasukan dalam usaha menja­ringkan gol,” kata pemain antarabangsa Brazil itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI