PUTRAJAYA – Sebanyak 1,041 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 53,679 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, dua daripadanya ialah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
“Terdapat pertambahan tiga lagi kematian menjadikan sebanyak 332 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan sehingga kini.
“Kematian baharu ini melibatkan dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Hospital Lahad Datu dan Hospital Keningau, Sabah dengan pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 1,405 kes sembuh dicatatkan hari ini dan jumlah kes pulih Covid-19 terkini sebanyak 40,493 kes.
Ujarnya, sebanyak 108 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE