fbpx

Zoo Negara jangan bergantung pada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berharap Zoo Negara dapat meningkatkan sumber pendapatan, lebih berdaya saing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia dalam kenyataan berkata, operasi Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) perlu diperkukuhkan berikutan Zoo Negara dimiliki badan bukan kerajaan (NGO).

“Zoo Negara dimiliki oleh Malaysia Zoological Society (MZS) yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan berfungsi sebagai sebuah entiti perniagaan.

“Justeru itu, operasi ZPT perlu diperkukuhkan supaya dapat meningkatkan sumber pendapatan, lebih berdaya saing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, KeTSA sangat prihatin dalam membantu Zoo Negara yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana memahami bahawa pendapatan Zoo Negara bergantung kepada hasil jualan tiket, jualan produk dan perkhidmatan.

“Sebagai tanda prihatin kerajaan kepada kebajikan hidupan liar, tindakan proaktif telah diambil dengan menyalurkan Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar sebanyak RM1.3 juta kepada Zoo Negara pada 10 April 2020 untuk menyediakan bekalan makanan kepada hidupan liar.

“Kerajaan turut memanjangkan secara spesifik diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT termasuk Zoo Negara di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi,” jelasnya.

Justeru, Perhilitan berharap agar Zoo Negara dapat menguruskan dana yang diterima secara berhemah dan telus. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI